Tuesday, December 20, 2011

Short Story Today 1# : A Box Full Of Kisses


The story goes that some time ago, a man punished his 3-year-old daughter for wasting a roll of gold wrapping paper. Money was tight and he became infuriated when the child tried to decorate a box to put under the Christmas tree. Nevertheless, the little girl brought the gift to her father the next morning and said, "This is for you, Daddy."

The man was embarrassed by his earlier overreaction, but his anger flared again when he found out the box was empty. He yelled at her, stating, "Don't you know, when you give someone a present, there is supposed to be something inside? The little girl looked up at him with tears in her eyes and cried, "Oh, Daddy, it's not empty at all. I blew kisses into the box. They're all for you, Daddy."

The father was crushed. He put his arms around his little girl, and he begged for her forgiveness.

Only a short time later, an accident took the life of the child. It is also told that her father kept that gold box by his bed for many years and, whenever he was discouraged, he would take out an imaginary kiss and remember the love of the child who had put it there.


taken from here : Short inspiring stories




In a very real sense, each one of us, as humans beings, have been given a gold container filled with unconditional love and kisses... from our children, family members, friends, and God. There is simply no other possession, anyone could hold, more precious than this.
Care and love each person around you before it's too late. :'(

That's all.
Bye.

Saturday, December 10, 2011

Blogger & Tumblr

This is my Blogger.

And this is my Tumblr.

What you can see in these 2 picture ?

Haha, yeap, both are in black. I loveeeeeeee BLACK so much :)

Thats all. Bye.

Saturday, December 03, 2011

Jalan-jalan cuci mata at Malacca with cool siblings.

Salam semuanya. Dah lama sangat lah tak updated blog. Rindu lahh. :)
Tak ada masa sangat lahh. huuu.

Well, malas nak taip benda yang remeh-temeh, let's just straight to the point.
November 8, Family & I pergi Malacca sebab ada kenduri kawin sepupu, sekali tidur rumah aunt kat sana. Kalau dah kat sana pun nak duduk rumah je mesti lahh bosan kan. Dah tak ada benda nak buat. Kami-kami pun merengek lahh kat Along suruh bawa kami jalan-jalan. Haha :D
Act, kami pun tak tahu apa yang best kat Malacca ni. Tak pernah lahh berjalan-jalan kat Malacca ni. Along pun main redah je, nasib tak sesat. Perghh.

Kitorang pun bukan pergi mana pun, sempat pergi 2 tempat je lahh.
First, kami ke Menara Taming Sari. Korang pernah naik menara tu ?
Hahaha, boleh lahh tahan. Ok. Gayat.

Pintu masuk Menara Taming Sari. Selamat datang dan selamat pergi.

Menunggu giliran.

 Memikirkan nasib. Huuuu.

 Perghh, sempat capture gambar kaki lagiiii.

 Sebelum 'berlepas'. Excited kemain.

Dah naik turun roller coster eh Menara Taming Sari, kepala rasa pening gila. Rasa macam nak terbang je. Nasib memang tak boleh terbang. Erkk.
Then after that, tiba-tiba lak si Along BERSEMANGAT WAJA nak tengok Kota A'Famosa. Dari tempat Taming Sari tu, kitorang berjalan kaki lahh dok mencari mana lahhh Kota A'Famosa ni. Tiba-tiba.........

Jumpa pula tempat ni,

 Haha, gila dan cari pasal. Kitorang boleh angkat kapal terbang, korang boleh haaa ?

 Meriam pun ada. Kepala Along pun ada, boleh tembak. Bommmm. Ehh Banggggg !!!

 Angah yang kacak-cak-cak, Along & gaya yang sama dan Awa yang gangster. Ok, lu langi lu mati lahh.

Dahh penat memenatkan kaki dan badan baru lahh jumpa Kota A'Famosa ni. Ingatkan dah hilang dahh.

 Di pintu gerbang Kora A'Famosa.

Damn, dah lahh kena panjat tangga. Tangga pun kemain tinggi. Nasib lahh pakai high heels. Nangis tak berair mata lah nampaknya. Kaki rasa nak tercabut je. Kurang awesome punya Along !

Dah penat-penat naik tangga terjumpa pula seorang pakcik ni. Kesian pakcik tuu, tangan dah hilangg. Isyh, isyh, isyh.

 Ni la pakcik tuu, kesiannnnn. Tangan dah hilang.

 Muka Along cari gaduh.

 Sebelum turun. Nice lahh permandangan senja kat atas ni. :)

Bab turun laju je lahh. Haha. Dah nak Maghrib baru reti nak balik. Nasib sempat balik before Maghrib tamat.
Last but not least.

Iera & me ! Adik terhebat abad ini !!! Tepuk-tepuk tangan. Kalau dia marah jangan harap nak sengih-sengih. Haha.

Bye.

Wednesday, November 23, 2011

Cleaning up my closet !

I just turned 18 last week.

Life is upside down. Really. Seriously. Haha.


Look ! I've told you. It is upside down. pffft

Actually, it is time to clean my closet, my bed, wow you can say it's my whole room. Sucks right ? haha, but still i've to clean up every inch in my room. I hate cleaning. No, I'm not REALLY hate cleaning, I just afraid to found something that I hate when I clean up. Well, you know what. It's a monster. A spider ! Yes, it is A MONSTER !

Hahahahaha !

Eh bye !

Anyway, ingatkan nak buat Wordless Wednesday tapi tak jadi ahh. :)

Saturday, October 08, 2011

Endless Love by Biqa Hatmin


Kat atas ni baru part 1. Kalau nak baca lagi boleh tengok kat blog Bika eh Biqa Hatmin sendiri. 
ENDLESS LOVE PART 1
ENDLESS LOVE PART 2
ENDLESS LOVE PART 3 (Last part)

Erghhh, akhirnya cerita ni habis juga.  Sobs, sobss. Merana ahh nak tunggu cerita ni habis. haha. Agak-agak nanti Biqa Hatnim nak buat cerita baru lagi ke ahh ? Haha, macam tengah tanya Syamsul Yusof apa cerita terbaru dia. :D


All picture in this entry are credits to : Biqa Hatnim's blog. 

Bye. 

Thursday, October 06, 2011

Mana Mak.. Cerita sedih punya ! :'(

Mana Mak ?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.




Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




Copy & paste dari sini >
http://www.facebook.com/notes/samsuri-shaari/mana-mak-before-baca-sila-sediakan-tisu/10150274539392851

Friday, September 30, 2011

Skylar Grey vs Rihanna

Okay, choose one !

I love the song : "Love The Way You Lie" from Rihanna that featuring with Eminem. But still I love "Love The Way You Lie" part 2 too. Okayy, my words a bit confusing. Haha.

This is "Love The Way You Lie"





And... This is the second version "Love The Way You Lie" (part 2) by Rihanna.


Kalau nak tahu, "Love The Way You Lie" part 2 ni di tulis semula oleh Skylar Grey. So, she is the one that responsible for this second version of " Love The Way You Lie".




This is "Love The Way You Lie" Skylar Grey version.



I more prefer Skylar Grey's version. This song fits her so well. Damn, but I love Rihanna too. Hahaha.


"Love The Way You Lie" part 2's lyric :

On the first page of our story
The future seemed so bright
Then this thing turned out so evil
I don't know why i'm still surprised
Even angels have their wicked schemes
And you take that to new extremes
But you'll always be my hero
Even though you've lost your mind

Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

Now there's gravel in our voices
Glasses shattered from the fight
In this tug of war you always win
Even when i'm right
Cos you feed me fables from your head
With violent words and empty threats
And it's sick that all these battles are what keeps me satisfied

Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

So maybe i'm a masochist
I try to run but I don't wanna ever leave
Till the walls are going up
In smoke with all our memories

Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

WELL, I DO LOVE THE WAY YOU LIE, BOYY :)

Wednesday, September 28, 2011

Funny things in students' life.

Just for fun. haha :)

Formula to study. Ends up with the answer = FAIL

Great teacher ! haha :)

Soalan : Tulis satu surat memohon cuti. Jawapan : Hobi saya....

Hantu yang sangat sangat gembira ! HAHA

A woman : without her, man is nothing.

Do you ?




Last but not least :)


Well, at least s/he is awesome for asking that brilliant question at Prime Minister :D


All picture credits : here

Thursday, September 22, 2011

Grateful.



THIS makes me so grateful for everything I have.
Alhamdulillah. Thanks Allah for everythings. Thanks momma and daddy.

Tuesday, September 13, 2011

It's all because of you !

Well, saya sepatutnya masuk PLKN untuk 3 bulan start semalam. Tapi atas sebab-sebab yang tersangat lah tak awesome, tak dapat lah nak jejakkan kaki ni kat PLKN. Gila ah meraung tak dapat pergi. Nak pergi ! Nak pergi ! Nak pergi juga ! kahkahkah. Damn !

But I still have to accept the truth. I was damn too sick to go to PLKN. If I go I'll die. Haha.

Tapi sebenarnya best juga tak boleh pergi. Duduk rumah je. Tak payah kerja, tak payah nak susah-susah. Hadap benda yang sama setiap hari. haha. Ok, tak best !

Bye.

Welcome back to my boring life. :)

Wednesday, August 24, 2011

Nak kutuk lagi. Tak boleh ke ?

Bulan puasa ni tak habis-habis nak mengutuk lagi. Ceppp ! I tak kutuk, I perli je. Muahaha.

Actually I'm just wanna show you guys this practice dance video.


Mirror dance video credits to : MirrorHD

Ok, group yang sama dalam entri ni > http://applezara.blogspot.com/2011/07/before-dawn-dance-move-watch-and-learn.html
Agak minat tengok practice dance dari group mereka ni sebab setakat ini, bagi saya group ni paling terbaik dalam synchronized dance. Tapi bukan pasal group ni saya buat entri ini, tapi group yang ni > Max 24.7
Tergerak nak tulis entri ni pasal group Max 24.7 masa tengah feel tengok video practice dance Kpop group kat atas ni. Well, kalau korang tengok video tu, tarian diorang agak simple dan sangat CATCHY !

Ok, CATCHY ada dua maksud.
Satu maksudnya menarik : sangat menarik sebab walaupun tarian diorang ni simple tapi tarian diorang ni gila ah nampak bertenaga, tak ada nampak lembut eh lembik macam dalam video Max 24.7.
Dua maksudnya senang nak ingat : well, sangat senang nak ingat step tarian diorang ni. Sangat mudah kalau nak belajar dan buat tarian ni. Tak ada lah nampak berserabut dalam video yang tu (faham-faham je lah)

Lagi satu kalau korang tengok each person dalam video kat atas ni, korang akan perasan seorang guy yang pakai baju pink tu. I thought that guy was a kind of weak guy (lembut (dalam kurungan lagi (lembik)) hehe). Tapi sebenarnya guy tu tak adalah lembik pun. Tapi jejaka macam tu pun still ada fans yang minat minat sayang. Tak percaya tengok kat ruangan comment kat video tu. Hmm, tapi kalau nak dibandingkan dengan jejaka-jejaka dalam group Max 24.7 yang kacak (erghhh), yang macho (arghhhh) dan awesome (eurkkgghhhh !) tu still ramai yang cop mereka tu gay. Tak percaya tengok ruangan comment kat video Max 24.7 tu. Dua benda yang berbeza yang disamakan gara-gara yang satu tu ada hati nak jadi macam yang satu lagi ni. Muahaha. Ayat yang berlapikkan tilam dan bantal.



Video clip Max 24.7 agak memualkan ? Ok, no comment. Yang saya tahu video tu memang tak seronok nak tengok pun sebab saya tengok tak sampai separuh pun. Agak-agak mereka ni tak cukup budget ke ? Sebab yang saya ingat permulaan video tu jejaka-jejaka Max 24.7 keluar dari kereta BMW eh bukan, van persiaran lah. Tapi ada pula gadis-gadis sesat yang menanti mereka ni sambil jerit-jerit testing suara. Peminat kot ? Kalau tak cukup budget pun tak payah lah buat macam tu, berserabut lah, buat video yang simple simple kan ok. Macam video yang ni >


Member group Superjunior ?

Video yang ni simple gila ah. Pusing-pusing tempat yang sama je. Lawak pun ada video ni. Tengok, diorang yang dah kaya ni pun pandai buat video yang low budget, simple dan interesting macam ni.
Di harap Max 24.7 memperbaiki kelemahan masing-masing, tak usah lah nak buat pekak telinga dari  nasihat dari rakyat Malaysia yang terlebih prihatin ni. Kadang-kadang nasihat yang agak kasar, sangat berguna juga. Muahahaha.

Ok, dah habis perli dah. Hehe.
Pyong !






Music Video untuk lagu practice dance yang kat atas sekali tu.


Tuesday, August 23, 2011

MAX 24.7 sangat awesome. Oh, REAL-LY ?

Relax. Chill. Watch this video first before you read my full post.








Ok fine. Saya tak sanggup nak tengok sampai habis video tu, tengok separuh je. Tak sanggup nak lihat wajah-wajah jejaka kacak member group MAX 24.7 ni. Dah lah kacak, HOT lak tu. Tak nak ke korang ? Video ni baru je 5 hari kat Youtube dah ada lebih 70 ribu viewers. HOT tu. Betul ke korang tak nak ?

Ok, OK. Tak payah tanya lagi. Dah lebih 2 ribu dislikes blog Apple Zara, EH silap ! Dah lebih 2 RIBU dislikes video ni.



Mungkin ada sesetengah orang yang anggap dislikers tu tak reti nak sokong group dari negara Malaysia ni sendiri. HATERS ? Well, tapi sebenarnya masalah ni datangnya dari group MAX 24.7 ni sendiri. Dah terang-terang mereka cakap yang mereka ni K-POP versi Malay.
Lagi sekali, K-POP VERSI MALAY ! So, dengan sendirinya viewers dan all Malaysians akan BANDING kan mereka ni dengan group sebenar K-POP dari KOREA. Ya, dah namanya K-POP asal pun dari KOREA. Agak-agak korang, boleh ke tukar jadi M-POP ? Ya, tidak boleh sama sekali. Lain betul bezanya. M tak boleh jadi K. Faham ?


Cuba tengok video ni pula :



Ok, video yang ni saya tengok sampai habis. Lawak gila, sampai guling-guling tapi still nak tengok sampai habis juga. Kenapa ek ? Dalam video ni ada 3 orang, 1 female korean (comedian), 1 male korean (comedian too) and 1 korean boy from a group named Boyfriend. Walaupun diorang buat benda lawak bodoh macam ni, tetap viewers like. Tetap viewers rasa diorang ni cute, adorable but still funny. Because they are always being themselves. First time tengok video ni, memang menjerit lah, "What the heck that boy named Youngmin doing in this video. OMG, mesti malu gila." Tapi last-last, "Alamak ! Comel lah pula tengok diorang ni". Gelak gila gila ah tengok video ni. Kahkahkah *gelak ganas sikit !



Ehem ehem, please back to your sense Aziah !
Lagi satu kesilapan group 24.7 adalah suara mereka ni. Kenapa ek nak buat sound effect macam tu kat suara mereka ni ? Macam nak cover suara sebenar yang tak merdu tu pula. Ehh, betul ke tak merdu ? Ok, no comment.





Ada satu lagi video dari REAL K-POP. Sila tengok dengan tenang.



OK ! Sumpah tak boleh tenang. They are REALLY funny ! Muahaha. Diorang ni lah BEAST/B2ST, korean group yang datang buat concert kat Malaysia hari tu.

They were REALLY dancing SILLY-LY ! But still, all viewers didn't think that they were SILLY. The viewers think that they were funny, cute, adorable and really worth to watch ! Tapi MAX 24.7 ni tak buat sesuatu yang SILLY pun, tapi kenapa ramai yang anggap mereka ni tetap SILLY ?


Updated Note (August 23, 2011) :
Sekurang-kurangnya mereka ni AWESOME sikit sebab tak endahkan kutukan dan makian rakyat Malaysia time diorang first debut dulu. Ok, sila gelak sekarang.


Bye.

Friday, August 19, 2011

Diantara dua. Nak dua-dua boleh ?

Dah 3 hari tak updated blog. Ok, bagus. Tadi buka ChurpChurp je, ada 2 campaign baru. Campaign Olay dan campaign product SK-II. Well, both product saya pernah dan dah guna. Dan both pun sesuai untuk kulit kayu saya ni. Tapi dua product ni ada kelainan masing-masing. Pakai product Olay lain feel nya dari pakai product SK-II. Dan pakai product SK-II pula lain juga fell feel nya dari pakai product Olay.

Olay Product.

Olay Natural White.
Kalau korang rasa macam nak cuba mana-mana product Olay, I suggest you use this Olay Natural White. For me this is the best moisturizer for Olay product. Harga pun cuma RM17.90. Recommend untuk kulit kering.


Olay White Radiance.
Terbaik untuk kulit kusam yang sentiasa berhadapan dengan terik matahari yang akan buat kulit korang EXTRA kusam dan gelap. Ok fine, ayat terbaik yang pernah saya tulis. Muahaha. Harga untuk dua product Olay White Radiance yang kat atas ni rasanya RM69.90. Olay White Radiance menghidrasi dan mencerahkan kulit. Hebat tak ? Pehhh.

SK-II Product.

SK-II Facial Clear Solution.
Sangat sesuai untuk kulit berminyak. Facial Clear Solution ni macam moisturizer biasa juga. Tapi texture dia lebih halus dan lembut. Selain mengurangkan kulit berminyak Facial Clear Solution ni mengecilkan liang roma korang juga. Harga RM248.00 untuk satu botol (100 ml). Kalau yang botol kecil (30 ml)  tu tak tahu berapa harga dia sebab tak pernah beli yang botol kecil.


SK-II Whitening Source Clear Lotion.
Untuk melembapkan kulit kering dan mengurangkan kulit berminyak. Korang tengok nama dia lotion, jangan korang pakai kat tangan & badan pula.  Cara pakai dia macam pakai toner. Jangan cakap korang tak pernah pakai toner pula. Selama saya guna Whitening Sorce Clear Lotion ni, parut jerawat dah semakin kurang. Tapi effect dia ambil masa berminggu juga lah. Kalau nak harap sehari pakai dah hilang parut, korang boleh start belajar guna magik macam cerita Harry Potter tu. Muahaha. Harga RM205.00 (150 ml). Rasanya Whitening Source Clear Lotion ni tak ada botol kecil, sebab tak pernah jumpa pula dia dalam botol kecil.

Kebanyakan rangkaian product SK-II ni memang agak mahal. Tapi product SK-II ni sangat-sangat bagus. Kalau nak cuba korang boleh beli sample product SK-II.

Kalau nak suruh saya pilih diantara dua product ni (Olay & SK-II) tak tahu lah which one, sebab both bagus. Nak dua-dua je lah !




Baru sedar Kak Hanis Zalikha ada dalam campaign ChurpChurp SK-II :)


Kak Iza owner blog The Pink Stilettos pun ada :)


Bye.

Monday, August 15, 2011

Haii Haiiiiii


My name that had given by my parents since I was born : Aziah binti Abdul Razak.
But please do call me Apple Zara for short :)

Hobbies :
Searching for new and latest songs in internet.
Dancing with the sound of music :)
Learning other language.

Bye.

Saturday, August 13, 2011

BWF

Hi fellow readers.

Siapa tengok YONEX BWF World Badminton Championship ? Saya tengok, kat Astro je. Siapa rasa dia sekarang ni duduk kat Malaysia sila sokong Lee Chong Wei kat perlawanan YONEX BWF World Badminton Championship yang diadakan di London. Harap-harap beliau menang lah. Lee Chong Wei yang cute memang terbaik ! Haha. Maaf, tapi sila setuju yang beliau cute. Err :)

Match Start !
Awww, melt~

Arghhhhh, sibuk ah you Lin Dan !


Match End !
YES, akhirnya ! I am the CHAMPION :D

Sila menangis sekarang Lin Dan !

Wednesday, August 10, 2011

Apa itu UV ? New blogger, please take note.

UV tu apa ? Penting ke UV ni ? Macam mana nak tahu UV kat blog kita berapa ?
Haha, ni lah benda yang selalu bermain di fikiran masa mula-mula berblog ni. Biasa lah budak baru belajar mesti blurr blurr punya. Sebenarnya, first time saya dengar perkataan UV ni macam pelik pun ada. Sebab ingatkan UV ni yang macam kat iklan-iklan krim muka kat TV tu. Yang selalu sebut 'pakai lah XXXX untuk menghalang sinaran UV !' Pewww, memang pelik lah bila UV (Ultraviolet) boleh masuk blog pula ?! Haishhh. Hahaha. Okay, kawan-kawan UV yang saya maksudkan ni bukan UV - Ultraviolet tapi UV -

Unique Visitor !


Unique Visitor ni maksudnya bilangan setiap satu pelawat yang datang kat website/blog korang. Unique Visitor dikira melalui IP pelawat yang berbeza.
Satu pelawat , satu IP = 1 UV. Dua pelawat , dua IP berbeza = 2 UV. 
Penting ke tak penting UV tu terpulang kat korang lah. Biasa orang tengok UV ni untuk tahu berapa ramai yang datang jenguk blog dalam masa satu hari. UV ni penting kalau korang ada letak iklan - Nuffnang / Innity / Advertlets. Kalau boleh UV tu jangan maintain atau turun, kalau sehari naik 1 UV pun tak apa. Lama-lama naik menjuling menjulang juga UV korang sehari.

Lagi satu, Pageview bukan Unique Visitor. Ramai yang keliru pasal ni. Pageview ni pula maksudnya bilangan sesuatu page tu di view, bukan bilangan pelawat. Contoh seorang pelawat tengah tengok home page korang (itu dikira sebagai 1 pageview) then dia tengok page About Me pula, 1 pageview juga. Tak pun korang tengok home page korang, then korang refresh sekali, dah dapat 2 pageviews. Dan korang gatal tangan tekan refresh lagi, dapat 3 pageviews. Konon nak pageview tinggi lah tu. Puahaha.

Macam mana nak tahu berapa UV blog korang sehari ? Kalau korang guna Nuffnang, korang boleh view UV & Pageview blog korang kat Analytics.

Analytic bulan lepas.

Tapi kalau korang nak track sendiri Pageview & UV korang boleh guna :

http://statcounter.com


http://histats.com/

Kalau tak faham lagi sila tanya dengan sopan. Haha :)
Bye.
Follow Dashboard