Sunday, April 10, 2016

Pregnancy Diary : First Trimester

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah, sebenarnya sekarang sudah third trimester pregnant. Dah masuk 34w, dan insyaAllah bakal melahirkan MARjunior dalam masa sebulan lebih ni. Moga dipermudahkan-Nya, moga MARjunior sihat sejahtera cukup sifat hendaknya. Rezeki dan rahmat Allah dalam perut mommy ni, InsyaAllah akan dijaga, dihargai sepenuh hati.

Penghujung bulan August, 2013.
Dah dapat rasa badan lain macam, hati pun asyik rasa yang saya memang pregnant, dan bila buat pregnancy test memang confirm, positive. Masa ni still tak dapat nak bagitahu sesiapa lagi. Not even my husband. Masa ni husband jauh, dekat Ipoh. Saya di rumah mak di Beranang. Even mak ayah pun tak tahu apa apa lagi. Lama simpan.

Awal bulan September, 2013.
Baru nak bagitahu husband yang saya pregnant melalui phone call. Masa bagitahu tu entah kenapa hati rasa rapuh lain macam. Menangis non stop. Husband pujuk pun still can't stop crying. Tu la, siapa suruh duduk jauh daripada isteri. Orang rindu tau tak. Dapat tahu pregnant pun tak tahu nak buat apa.
One week after baru husband balik Beranang. Lepas ambil husband hari tu terus ke klinik swasta di Mantin buat check up. Dah nak masuk 2 bulan dah masa tu.
Balik dari klinik baru bagitahu mak ayah. Masa tu ayah asyik senyum je. Haha, so sweet la ayah.
Siap bercerita panjang lebar pengalaman hidup rumahtangga selama 26 tahun dengan mak lagi dekat kami. Mak dah 8 anak kot, 10 kali mengandung, 2 kali keguguran. Kami ni baru nak ada anak sorang pun dah terkial kial.

Dan masa buka buku pink dekat Klinik Kesihatan pun dah 12w, nurse tak bising pun, cuma asyik tanya kenapa dah 3 bulan baru nak buka buku pink. Haha.



Jadi, ini adalah pengalaman mengandung kali pertama saya. Kata mak, setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza. Badan orang kan lain lain, so apa yang saya dapat merasai ini mungkin tak sama dengan orang lain.

1. LOYA


Masa awal awal tak ada muntah muntah sangat, dah masuk 9w baru mula rasa loya muntah muntah.
Tapi memang boleh dikira berapa kali keluar muntah dalam sebulan tu. Rasa loya tu  memang selalu ada terutama selepas makan.

2. SENSITIF PADA BAU BAUAN


Entah kenapa hidung mula rasa lain macam. Tak boleh bau pelik pelik. Shower cream yang memang daripada dulu pakai pun dah tak boleh hidu. Terpaksa simpan, alihkan tempat lain. Even shower cream tu tak pakai tapi still ada dalam bilik air pun hidung ni boleh hidu bau dia.
Perfume husband pun tak boleh hidu. Kesian husband, perfume dia hilang kena sorok dengan isteri dia. Haha. Serious. Bila bagitahu husband yang saya tak boleh hidu bau perfume dia, dia terus stop pakai perfume tu. Tapi tu pun tak puas hati lagi, sampai kena sorok perfume tu baru lega hidung ni. Nasib baik husband seorang yang penyabar. Haha.

3. SELERA MAKAN


Selera makan naik mendadak. Pantang masuk dapur, ada je yang dicapainya dan disumbatkannya ke dalam mulut. Dah macam vacuum dah. Memang jadi tukang habiskan makanan. Tak ada pantang pantang langsung, semua nak ditelannya. Makan makanan pedas tu memang dah jadi favourite daripada dulu. Tak ada mengidam apa apa pun. Entah, tak terasa nak minta makanan apa apa, cuma rasa nak mengunyah je la. Kalau tak jenuh la husband nak melayan kalau mengidam benda pelik pelik ni. Hehe.

4. BERAT BADAN


Berat badan pun naik mendadak ! Dalam masa sebulan naik 2kg lebih. Sampai doctor suspect saya ada kencing manis semasa mengandung. So terpaksa minum air gula dan buat ujian MGTT.
Keputusan darah memang confirm ada penyakit kencing manis. Doctor cakap penyakit kencing manis saya ni wujud semasa mengandung je. Bila dah bersalin hilang la kencing manis tu.
Dah confirm kena kencing manis baru la reti nak jaga makan kaw kaw. Dah datang penyakit baru reti nak bertaubat ke wahai Aziah Razak. Tu la, lain kali makan tak ingat dunia lagi. Sobs sobs.
Tiap kali datang KK nak check BSP mesti ada nurse tanya, "Eh, mudanya dah ada kencing manis."
Saya sengih je la sambil jawab, "Berat badan naik mendadak, akak nurse." Huhu.

5. HATI MUDAH TERSENTUH


Sebenarnya bukan setakat mudah tersentuh je, mudah tersentap pun ada ! Haa, memang adik adik la yang jadi mangsa angin monsun kakak diorang ni. Adik adik bising pun dah kena marah dengan saya. Ayah la yang gigih duk nasihat saya supaya banyak bersabar, lagi lagi semasa mengandung ni.
Bila tengok cerita sedih sikit mula la rasa nak menangis. Husband salah cakap sikit mula la nak berdrama air mata. Alahai.

6. PELUPA DAN KELAM KABUT


Okay, ini memang saya sendiri tak tau kenapa saya ni jadi lain macam pelupanya. Adik adik la yang banyak tegur bila saya terlupa sesuatu. Sudah la pelupa, kelam kabut pula tu. Sehari tak sah tak terlanggar meja atau terpecahkan sesuatu. Pernah dalam seminggu tu 2 kali saya terpecahkan barang dapur mak.
Adik adik cakap baby dalam perut sedut otak mommy dia, tu pasal jadi macam ni.
Kalau keluar keluar terus jadi bijak tu tak apa la juga, kan baby sayang.


Daripada awal pregnancy sampai la 12w, ini je la ragam pengalaman yang saya alami.
Alhamdulillah, walaupun saya pregnant saya masih boleh aktif buat kerja rumah lagi.
Syukur Alhamdulillah, saya diberi peluang merasai semua ni.

Dear MARjunior,

InsyaAllah, daddy and mommy takkan disia siakan rezeki dan rahmat yang Allah kurniakan ini.
Demi nak menjadi seorang ibu buat baby mommy ni, mommy banyak berubah.
Mommy sentiasa cuba berfikiran positif walau terkadang terlepas juga fikiran fikiran negatif dalam kepala mommy ni.
Tapi bila mommy teringat baby dalam perut terus mommy jadi positif balik tau.
Daddy and mommy akan cuba berusaha jadi ibubapa yang terbaik buat baby. Maybe tak dapat jadi yang sempurna tapi insyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya berikan yang terbaik buat MARjunior.

Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih.
Sekian.

No comments:

Follow Dashboard