Saturday, April 09, 2016

I'm still here ! Will start active blogging merepek merapu semula. And yeah, a little short story of my life.

Assalamualaikum !

Hi, everyone ! Yes, I'm still alive ! Still breathing ! Still here ! Syukur Alhamdulillah that I'm still here. Blog Aziah Razak ini dah terbiar berhabuk selama 2 tahun 2 bulan & 17 hari  ! Haha. Selama itu juga lah ada banyak perubahan hidup hamba Allah yang bernama Aziah Razak ini.

So, yes, I'm married now and soon will have a baby. Awww, Aziah Razak will be a momma.
2 years ago I can't even imagine how in the world, I will be a mother. Childish and annoying, that's me.
How possibly a childish and annoying person in the world could be a mother ?
Hopefully, everything will be fine. I've changed now. Yeah, a little. I tried. To actually change myself to a much better person than how I used to be. Thanks for everyone who stay with me, still there dealing with this miserable person, making me strong, stand with me. Thanks.
Terutamanya ayah. Ayah banyak bagi sokongan, banyak bagi semangat, banyak bagi kata kata nasihat. Tak pernah putus asa. Tak dapat bayangkan kalau ayah tak ada.

Ehem.. So, I'll start with how I'm married. And who's the unlucky guy that I'm married with.
Sejujurnya, perkahwinan kami ini bukan lah di atas perancangan kami sendiri.
Tempoh perkenalan kami masa tu baru 1 tahun 4 bulan.
Pada bulan March, 2014, si dia datang ke Beranang dari Ipoh untuk bekerja dengan ayah saya.
And yes, that was the first time he met my parents and family. And dalam seminggu dia kerja dengan ayah macam tu, tiba tiba satu hari ni ayah datang cakap ada hal sikit nak bincang dengan Uda (gelaran saya di rumah) dan mak. Okay, saya tak fikir apa masa tu, ingatkan ada something pasal saya yang ayah nak tegur. Masuk bilik ayah dengan mak. Kami bertiga je ada masa tu. And then, ayah mula bertanya andai Uda dah bersedia nak jadi isteri.
Huh ?! Masa tu, I was like ?????!!!!! Ayah tersenyum, ayah cakap, "Ayah nak kahwinkan Uda ni, Uda nak tak ?" Huh ?! What ?!

Masa tu fikiran dah melayang entah ke mana. Realiti atau mimpi. Tidak mungkin ianya realiti, mungkin sekadar mimpi buruk ! Aziah ! Sila sedarkan diri anda !
"Uda nak ?" soalan ayah buat saya tersedar. Okay, ini REALITI ! Soalan first yang terkeluar dari bibir masa tu, "Ayah ni, jangan main main. Tak lawak la."
"Memang ayah senyum macam main main tapi ayah serious ni. Ayah betul serious ni.
Uda nak ke tak ? Ayah dah tanya dia, dia cakap nanti dia bincang dengan keluarga dia macam mana, cara macam dah setuju habis dah tu. Sekarang ayah nak tanya pula anak ayah ni nak ke tak. Macam mana Uda ? Nak ke tak ?" Amboiii, ayah. Tanya orang macam nak jual barang je nak ke tak.
Muka merah warna darah sekali pun tak payah cerita la masa tu. Rasa nak tanam diri jauh ke dalam lubang cacing pun ada. Rasa nak jadi halimunan je masa tu.

Lama saya terdiam masa tu. Muka dah mencuka habis dah. Errr, seriau ! Then ayah cakap, "Tak apa, Uda fikir dulu macam mana. Nanti dah ada keputusan bagitahu ayah."

Malam tu juga mak dan adik saya Azira (gelaran : Utih) berkumpul dalam bilik saya. Mereka banyak bagi kata kata semangat dan nasihat.
Bagi saya perkahwinan ni bukannya benda mudah yang boleh dibuat main. Saya sedar diri saya macam mana. Masih belum cukup sempurna dan baik untuk dijadikan seorang isteri.
Banyak benda lagi nak belajar. Hmm, saya masih belum cukup layak lagi nak jadi seorang isteri.
Saya baru 21 tahun ! Mampu jadi seorang isteri yang bertanggungjawab ke saya ni ?
Hampir sebulan lebih juga senyap berfikir, still tak dapat nak bagi kata putus lagi.
Dalam tempoh sebulan tu macam macam usaha yang saya buat nak bagi terang benderang jalan mana yang harus dipilih. Mak, Utih dan ayah lagi la, setiap hari bagi kata kata nasihat dan semangat.
Salah satu kata kata ayah yang betul betul memberi kesan pada saya masa tu,


"Kalau kita nak pasangan yang baik, kita ubah diri kita jadi baik dulu."

"Macam mana diri kita, macam tu la pasangan kita nanti."


Bila saya cuba bagi alasan umur masih muda, ayah kata "Ayah taknak atas sebab masih muda tu sebagai alasan. Rezeki tu Allah yang bagi."
Dalam tempoh sebulan tu juga, tiap kali berhubung dengan dia mesti tanya soalan yang sama berulang ulang. "Awak dah bersedia ke nak jadi seorang suami ? Awak betul ke nak saya ni jadi isteri awak ? Mampu dan bersedia dah ke kita ni nak pikul tanggungjawab berumahtangga ni sama sama ?"
Memang dalam tempoh tu juga Allah banyak bagi petunjuk, segalanya dipermudahkan, seolah olah jalan yang dituju ni sudah cukup betul lurusnya.


"Allah sentiasa ada", Ayah.


Akhirnya pada awal bulan April, 2014, saya bagi kata putus kat ayah. Tu pun sampaikan kat mak je. Nak sampaikan terus kat ayah rasa segan la pula ! Haha ! Ye la, takkan tiba tiba nak cakap kat ayah, "Ayah, Uda nak kahwin." Err, no way la. Buat segan je. Haha.
Entah apa yang ayah bincang dengan si dia masa tu, dua tiga hari lepas tu family dia datang.
Hari tu juga, dia ikut family dia balik Ipoh. Ayah cakap dia nak uruskan segala hal kahwin dekat sana, kursus, surat surat borang apa semua dia akan completekan before balik sini balik. Ayah suruh saya daftar and pergi kursus pra perkahwinan. Dalam 2 minggu dia dekat Ipoh, lepas tu balik sini sambung kerja dengan ayah. Masa dia balik tu, parents dia, parents saya dan wakil dari family dia, wakil dari family saya iaitu, cousin mak dan paksu ayah adakan perbicangan. Atau mungkin dikenali sebagai merisik kot dekat Malaysia ni.
Tak set tarikh lagi masa ni, cuma berbincang hal perkahwinan apa semua. Ayah cuma tetapkan, tiada hantaran atau mas kahwin yang tinggi. Kata ayah, cukup atas kemampuan sendiri. Ayah tak akan tetapkan semua tu, sebab ayah bukan nak jual anak ayah. Cukup la atas kesanggupan mahu bertanggungjawab penuh ke atas anak ayah yang bakal menjadi isteri si bakal suami.
Terus terang, segala urusan isi perbicangan masa tu memang saya tak tahu apa apa.
Tahu tahu selesai satu hari tu, family dia balik Ipoh. Bulan Mei, 2014, still tak set tarikh nikah lagi.

Segala surat borang apa semua selesai pada Mei 7, 2014. Saya ingat tarikh tu sebab malam tu juga ayah, saya, Along dan cousin mak jumpa Tok Imam untuk pengesahan borang kursus dan tetapkan tarikh nikah. Balik daripada rumah Tok Imam tu semua orang terkejut kena serangan jantung. Mana taknya, ayah tetapkan tarikh nikah kami pada 10hb Mei, 2014. Hari Sabtu, 3 hari je lagi. Mana tak kelam kabut satu rumah dibuatnya. Semua expect ayah akan tetapkan pada awal tahun depan (2015) or at least pada akhir tahun 2014 masa tu. 3 hari je segala persiapan akan di buat. Semua orang segala sepupu sepapat diberitahu berita ni last minute. Syukur Alhamdulillah, kelam kabut pun Allah permudahkan segala urusan selama 3 hari tu.

Baju nikah saya pakai baju nikah mak dulu. Baju nikah mak yang dah berusia 25 tahun dulu. Masih dalam keadaan yang elok lagi. Cuma saya terpaksa alter sikit besarkan and tambah renda apa semua sebab dulu mak kurus, anak dia je gemuk tembam, tak muat baju. Dapat buat mak bangga sebab pakai baju nikah mak dulu pun dah terasa bahagia. Untuk baju nikah si dia pula, si dia nak pakai baju Melayu satu set hasil jahitan tangan saya yang saya pernah bagi dia pada tahun 2013 dulu. Baki kain baju Melayu dia dulu saya jadikan tudung, so adalah warna yang sepadan sepasang. Segala accessories, veils semua sewa dekat my BFF ! Miesha Aliea. Hehe, beruntung dapat kawan yang ada butik andaman ni. Tapi makeup, inai buat sendiri la. Apa guna skill makeup tu kalau tak di guna pakai kan. Ye idok ?


Bangga dapat pakai baju nikah mak dulu and bahagia bila si dia pakai baju melayu hasil jahitan tangan saya sendiri. Syukur Alhamdulillah, segala urusan memang dipermudahkan Allah. Segalanya berjalan dengan lancar.

Kenduri belah perempuan, segalanya ditanggung ayah saya. Tak ada pelamin, cuma ada khemah untuk tetamu menjamu makanan. Tak ambil catering, cuma upah seorang tukang masak restoran yang menyewa di tanah ayah masa tu. Goodies pula ditaja Along dan kakak ipar. Tiada hantaran, cuma hadiah daripada mak mertua, sepasang telekung, sejadah, coklat, buah buahan. Mas kahwin pula nilainya biar la diantara kami je yang tahu. Photographer daripada family dan sahabat suami. Tak perlu nak buat kad invitations pun, well maybe sebab dah kelam kabut sangat 3 hari je tempoh nak akad nikah tu. Akad nikah pun buat di rumah. Selesa sikit sedara mara kaum family nak bersantai. Habis akad nikah terus makan makan kenduri.

Sekarang dah 1 tahun 11 bulan pun usia perkahwinan kami. Lagi sebulan genap 2 tahun perkahwinan kami dan lagi sebulan juga la status kami akan berubah. Bakal menjadi seorang bapa dan seorang ibu. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah, bila segala urusan dunia kita mengharapkan redha Allah, Allah akan permudahkannya buat kita. Macam pernikahan kami. Bila kami sama sama jaga hubungan, tak ada istilah 'couple', jaga batas pergaulan, mengharapkan redha Allah, Allah permudahkan segalanya buat kami.

Hiraukan pandangan manusia lain, sebab pandangan mereka tidak ada makna apa pun dalam hidup kita. Cukuplah pandangan redha Allah tu buat kami. Memang manusia akan buat cerita, macam macam cerita tentang kami di kalangan saudara mara tersebar. Ye lah, tak ada angin, tak ada tunang, tak ada berita, tiba tiba terus nikah. Maaf la ya makcik pakcik semua, kami bukan jenis yang baru 'couple', baru tunang dah heboh sedunia, dah keluar bermesra berdua duaan. Kami jaga batas kami, kami hormati satu sama lain, kami jaga maruah family kami, kami sayang family kami.


Terima kasih pada semua yang sentiasa memberikan sokongan buat kami, kaum family yang sentiasa ada di sisi. Terima kasih banyak. Tak lupa juga buat sahabat handai suami yang sanggup datang berkumpul dari Ipoh masa akad nikah dulu.
Syukur ke hadrat Ilahi sepenuh jiwa, syukur Alhamdulillah, terima kasih.
Mohon maaf andai ada terkasar bahasa dalam post saya kali ini. Terima kasih membaca.
Dan ya, saya akan rajinkan diri update blog selalu mulai sekarang.

Sekian, terima kasih :)

2 comments:

Siqah Hussin said...

Bestnya bila dapat menyarung baju nikah mak kan? Seronok lagi bila si suami pakai baju nikah jahitan awak sendiri. Alhamdullilah. Semoga bahagia ke Jannah :)

Mari kita sama2 merapu di blog. Hihi. Tq dropping by my blog :) Singgah sini dan follow juga. Salam perkenalan :)

Wani said...

Salam awk.. follow sy nti yer..
Happy blogwalking n Happy Fasting =)

Follow Dashboard