Skip to main content

Bagaimana Melaporkan Blog Copy Paste Untuk Blogger & WordPress by Ariff

Hello & Assalamualaikum. Keseluruhan entri kali ni just copy pase from Blog.Ariff - Bagaimana Melaporkan Blog Copy Paste Untuk Blogger & WordPress. I think it's important to share this entry with all of us. Any credit goes to Ariff. Thanks.

------------Copy & Paste Start------------

Bagaimana Melaporkan Blog Copy Paste Untuk Blogger & WordPress

Hanyalah pelakon tapi kita andaikan rupa pencuri itu adalah buruk seperti ini, seperti buruknya perbuatan mencuri entri orang lain
Masalah copy paste ni memang sampai bila-bila wujud sebab semua orang nak buat duit mudah dengan cepat dan senang. Kelemahan kita adalah tidak mengetahui cara dan saluran yang betul untuk melaporkan kes-kes kecurian harta intelek kita supaya tindakan dapat diambil terhadap pencuri-pencuri ini.

Blogger


In general, any original work of authorship may be protected by copyright. Copyrighted materials may be subject to claims of copyright infringement. The most common reason we take down content from blogs for copyright infringement is that they have republished unauthorized copies of copyrighted content, and the owners of the copyrighted content have alerted us that their content is being used without their permission. Once we become aware of an unauthorized use, we will remove the content promptly. – Blogger Copyright Policy

Google sebenarnya memberikan perlindungan terhadap mangsa pirated content ni. Blog yang dilaporkan mencuri content anda akan dipadam serta merta daripada Google setelah disahkan kesahihan laporan tersebut. Jika perkara tersebut berulang, maka akaun Google pesalah tersebut dipadam. Cara-caranya:
  1. Kenalpasti blog yang menggunakan karya anda tanpa kebenaran.
  2. Laporkan blog tersebut menggunakan borang ini.
  3. Isikan borang selengkapnya.
  4. Jika laporan tersebut disahkan kesahihannya, tindakan akan diambil.
Contoh content yang boleh menjadi isu copy-paste/copyright adalah:
  • Entri, sajak, gurindam, pantun dan sebagainya
  • Gambar
  • Fail MP3 dan lagu (artis Malaysia/syarikat rakaman boleh melaporkan blog-blog download yang menyebarkan .mp3 lagu anda)
  • Movies, movie trailers dan video
  • Pirated software
Dalam hal ni, aku lebih suka kalau orang yang copy paste entri aku (harap tak adalah, tapi kalau ada tolong bagitau eh..) menggunakan Blogger sebab perlindingan yang diberikan oleh Google sangat efektif dan cara untuk melaporkan kes sebegini pun sangat senang.

WordPress

Bagaimana pula kalau blog yang copy paste entri kita tu menggunakan WordPress self host? Yang ni susah sikit, tapi masih ada sesuatu yang boleh dilakukan selain daripada melenting di Twitter atau blog seperti ayam berak kapur.
Untuk kes WordPress self host, anda boleh memfailkan surat Digital Millenium Copyright Act (DMCA) terhadap pihak hosting dan ads network yang digunakan oleh blogger tadi. Tak pasti samada pihak hosting di Malaysia cukup professional atau tidak dalam membendung masalah copy paste ni, tapi cuba jelah apa yang boleh.
Untuk pengetahuan semua, semasa aku nak pindahkan hosting Shinjiru ni ke Singapura dulu, pihak hosting ada menghantar amaran supaya tak terlibat dalam kes copyright ni semua untuk mengelakkan akaun dibekukan. Jadi undang-undang DMCA ini boleh digunakan, cuma bergantung kepada pihak hosting samada ingin mengambil tindakan atau tidak.

Langkah-langkahnya:
  1. Kenalpasti blog yang menggunakan karya anda tanpa kebenaran.
  2. Tengok data Whois untuk domain tersebut, cari maklumat hosting yang digunakan berdasarkan domain server mereka.
  3. Hantar surat DMCA kepada syarikat hosting terbabit, juga kepada ads network yang digunakan.
  4. Untuk blog di WordPress.com, anda boleh menghantar surat melalui borang ini.
Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan daripada DMCA.com. DMCA.com menyediakan perkhidmatan untuk mengesan entri anda yang telah dicopy dan mereka akan melakukan satu ‘DMCA takedown’ percuma dalam setahun (DMCA takedown adalah langkah-langkah yang telah aku terangkan atas ni). Tak pasti samada perkhidmatan ini berkesan atau tidak, tapi anda boleh cuba kalau nak.

Kesimpulan

Tak susah sebenarnya nak membendung masalah copy paste ni. Kalaulah syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity dan Advertlets bersikap lebih serius dalam memastikan publisher mereka menyiarkan content yang berkualiti dan tidak dicuri daripada tempat lain, kes copy paste ni lebih mudah dihapuskan. Siapa yang tak takut kalau akaun ads mereka dibekukan, betul tak?
Samada berkesan atau tidak langkah-langkah atas ni masih tak diketahui tapi inilah yang sepatutnya dilakukan apabila berdepan dengan situasi ini. Harap dapat dikongsikan pengalaman anda dengan pembaca lain sekiranya anda beroleh kejayaan setelah mengikuti langkah-langkah di sini. Kepada yang melakukan perbuatan terkutuk ni, sila hentikan.

Rujukan: Blogger Copyright Policy, Stolen ContentDealing With Online Content Theft, Content Theft – What to Do, Gambar Pencuri

------------Copy & Paste End------------


That's all. Again, ALL credits goes to Ariff.
Bye, anon. Hoho.

Comments

Salwati Sapei said…
salam..sye dtg dri segmen yg sme even dh terlewat...hehehe
http://prettywatie.blogspot.com/2012/06/segmen-jom-tingkatkan-follower-anda.html

sila singgah & follow..=)

Popular posts from this blog

Apa itu Mirrored Dance ? Well, this is it.

Kalau korang ada baca entri yang NI dengan yang NI, Video yang digunakan dalam entri tu dah di mirrored kan. Biasanya diorang created Mirrored Dance Video tu untuk diorang gunakan untuk belajar buat dance yang dalam video tu step by step. Maksud Mirrored tu ialah cerminkan atau flip-terbalikkan. Senang nak belajar step dance kalau guna Mirrored Dance Video ni. Sebab kiri dan kanan dancer di dalam video dah di terbalikkan supaya sama dengan kiri dan kanan kita. Macam dalam gambar kat bawah >


Before :)

After :)
So, bila dancer tu keluarkan kaki kiri tak ada lah korang entah apahal tiba-tiba keluarkan tangan eh kaki kanan pula. Faham ?


Biasa saya suka tengok mirrored dance video kat channel MirrorHD dan GiGiMVs.
Tapi yang paling terbaik kat SuperInfectedmushroo. Ni baru betul belajar dance step by step. Dancer dia pun cun. Erk ? haha :)











Paling suka group dancer yang ni. I was there as a audience ! Haha :) 3 tahun dulu. Perghh, lama siot. Lama juga dok mencari video ni kat YouTube. Ta…

Disebalik ketandusan idea menaip

Perghh, bosan gila lah. Nak tulis kat blog tapi tak ada idea lah pula ! Erk.
Tidur best ! :D
Apa saya merepek ni. Oh, tidak !

Muahaha. Ini lah jadinya bila dah tak ada idea nak tulis apa kat blog. Merepek sorang-sorang, confirm tiba-tiba follower korang lari seketul seorang demi seorang. <-- ini kisah benar. Haha XD

Agak-agak korang apa sebenarnya yang saya nak tulis ?
Sebenarnya, petang tadi online konon dengan niat nak tulis sebuah entri kat blog. Tajuknya lebih kurang macam ni >
Apa beza adik perempuan no. 1 dengan no. 2 ? Tapi, tiba-tiba tak ada feel pula bila nak taip sepatah dua perkataan kat entri yang tajuknya konon meletup lah sangat tu. Tiba-tiba otak rasa blank. Taip sepatah perkataan padam dua patah perkataan. Ehh ? Agak-agak lebih banyak tekan Backspace dari Enter. Dah tu asyik-asyik termenung saja. Entah apa yang dimenungkan. Tengok pokok, tengok langit, tengok atas, tengok bawah. Idea yang asalnya mencurah-curah sebelum ni, sekarang dah hilang pula. Dah lebih seja…

Pregnancy Diary : First Trimester

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah, sebenarnya sekarang sudah third trimester pregnant. Dah masuk 34w, dan insyaAllah bakal melahirkan MARjunior dalam masa sebulan lebih ni. Moga dipermudahkan-Nya, moga MARjunior sihat sejahtera cukup sifat hendaknya. Rezeki dan rahmat Allah dalam perut mommy ni, InsyaAllah akan dijaga, dihargai sepenuh hati.

Penghujung bulan August, 2013.
Dah dapat rasa badan lain macam, hati pun asyik rasa yang saya memang pregnant, dan bila buat pregnancy test memang confirm, positive. Masa ni still tak dapat nak bagitahu sesiapa lagi. Not even my husband. Masa ni husband jauh, dekat Ipoh. Saya di rumah mak di Beranang. Even mak ayah pun tak tahu apa apa lagi. Lama simpan.

Awal bulan September, 2013.
Baru nak bagitahu husband yang saya pregnant melalui phone call. Masa bagitahu tu entah kenapa hati rasa rapuh lain macam. Menangis non stop. Husband pujuk pun still can't stop crying. Tu la, siapa suruh duduk jauh daripada isteri. Orang rindu tau tak. …