Tuesday, August 02, 2011

Dah besar baru terhegeh-hegeh nak puasa penuh

Muahaha, tajuk kejam !
Ye lahh, dulu time kecik-kecik tak pernah sehari pun puasa penuh. Setiap hari ada je trick ngelat tak nak puasa dan curi-curi makan. Sekarang tak boleh dah wooo, dah besar gedabak pun tak nak puasa, conform tak boleh buat bini. Haha :)

Then time raya kalau ada tetamu je awal-awal dah tunjuk muka suci nak minta duit raya. Tak main ahh takat seringgit je. Bila orang tanya puasa penuh ke tak, mesti lahh 'jujur' cakap puasa penuh. Perghh, lagi ah bertambah dosa, dosa menipu pagi raya.

Paling best puasa ni mesti lah time berbuka. Macam-macam hidangan ada. Kalau air tu dah tak pandang dah air masak, atas meja macam-macam jenis air ada. Air tebu, air soya, air oren, air sirap, semua air lahh nak teguk. Belum makan perut dah kembung. Kembung tak kembung, makanan atas meja habis di sapu juga. Dah namanya makanan mesti lah kena makan. Haha, then time nak pergi Tarawih, punya lah liat nak pergi, eh nak bangun berdiri pun susah ni kan lagi nak pergi. Apa lagi, 1001 alasan lah bermain di bibir. Muahaha, keji gila.

Favourite :)

Dulu paling benci tak suka time sahur. Erk, liat gila lah nak bangun sahur. Nak tak nak je bangun sahur. Biasa yang jadi tukang kejut tu abang, benci gila ah kalau diorang kejut, masuk bilik terus buka lampu sambil jerit-jerit macam beruk di tambah lagi diorang lompat-lompat atas katil. Ya, memang macam beruk. Dah terbangun tu jeling tajam-tajam kat diorang, dalam hati memang dah mencaci-maki. Perghh, dapat lagi dosa, dosa bangun sahur. Diorang dah keluar dari bilik, terus bangun.

Bukan nak bangun keluar bilik pergi sahur tapi bangun hanya untuk tutup suis lampu, pusing dan terus baring atas katil sambung tidur balik. Zzzzzzz.
Then tak sampai 5 minit lepas tu, kedengaran pulak suara Big Boss a.k.a. ayah suruh bangun, kuat gila ah Big Boss jerit. Fuhh, awal pagi dah ada yang menyumbangkan suara. Kali ni tak payah tunggu ada orang lompat-lompat atas katil atau main suis lampu, sekali dengar suara ayah, badan dengan sendirinya jadi cergas, mata terus jadi segar dan kaki terus jadi laju berjalan keluar bilik, hadap meja makan. Lihat lahh, betapa hebatnya kuasa seorang ayah.

Sekarang dah besar, dah tak ada banyak songeh macam time kecik-kecik dulu. Sekarang dah baik dah, tak ada curi-curi makan, atau ponteng puasa, atau ponteng terawih, atau tidur lebih masa, atau liat bangun puasa. Haha :)
Sekarang ni lah baru nak kumpul pahala banyak-banyak. Tak nak dah ngelat macam dulu. Sekarang adik-adik pula yang ambil alih ngelat time bulan puasa ni. Adik beradik terbaik lah konon nya. Muahahaha :)

Last but not least, take a look of this picture ;)

Perghh, mesti terliur kan. Nasib ahh korang, siapa suruh tengok gambar ni time puasa ditambah lagi sekarang ni kan musim panas terik. Haha :)


Ok, bye-bye.




Ehh...




Kejap-kejap, nak tambah satu lagi gambar.




Jeng jeng.





Jeng.....




Erk, sedap gila. Muahaha :)


Selamat berpuasa semua ;)

12 comments:

iera said...

dah beso..tak mau liat puasa ag tau..nt kene babab.hehehe....siang2 tak leh tgk entri nie..nt makruh...sedap!!

Apple Zara said...

@Iera : hehe, tau tak apa :)

LyaLuna said...

hahaha mmg la kecik2 dlu tataw dosa phala. sy suka trick gak dlu. na ksi kucin mkn, bley cuap mulut skalik. tym mandi bley plak mnum air shower leee. ahah. tp sy suke bgun sahur sbb len dr yg len. sbb jrg kita mkn pg2 buta len, melainkn time pose jeee >.<
btw. samat bpose k :)


http://yanadimple.blogspot.com/

Pendamba Mawar said...

sekarang?hahaha

Apple Zara said...

@LyaLuna : haha, macam-macam trick lahh :)
Selamat berpuasa juga :D

@Pendamba : Sekarang dah baik dahh. hehe :)

eik`S noName said...

ooo..maen letak makanan ea...terliur org tgh puasa nnt...kurang pahala..hik3

aish...beso nie leh pose penuh ke???
kompiuh nie...hahahaha

btw slamat berpuasa penuh la sgt...hehe

Apple Zara said...

@eik : Insyaallah :)

H.J said...

dah besar jangan nakal lagi yer..haha

Apple Zara said...

@H.J : tak tak nakal dah, hehe :)

Lilynn Sazlin said...

hahaha. kejam betul entry ni.
geramm je tgk burger mcD tuh..
:P

Apple Zara said...

@Lilynn : cepat cepat tup mata tup mata. hehe :P

zame kaifli said...

ooo..
tricky girl! :]haha
puasa kali ni kasi penuh woaa....
except those day la k.. :)

Follow Dashboard