Friday, July 22, 2011

Mereka terbaik !

Gadis Youtube. Yang pandai main gitar. Yang comel. Yang terbaik :)
Mereka lah Ainan Tasneem dan Najwa Latif.

Ainan Tasneem
I bet, there're many people that already know and adores her.
Suara beliau merdu dan di tambah lagi dengan kepandaian beliau petik gitar. Kalau bagi saya gitar, saya tak petik pun gitar tu, digorengnya buat masak lemak cili api. Haha :)
Yang saya tahu beliau berumur 19 tahun. Well, I should called her sis since she's a bit older than me.
Kata beliau, beliau suka menyanyi dan main gitar, tetapi tidak berminat untuk menjadi seorang artis. Suka suka je menyanyi :)



Lirik Aku Suka Dia

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...

Wow, suara merdu. Lagu ini 100% ciptaan beliau sendiri. Well, creative.
Suara merdu + natural beauty + pandai main gitar + create hers own song = she is awesome ! :)


Najwa Latif
Selalu dengar lagu Cinta Muka Buku kat radio. Dan cuma tahu nama penyanyinya Najwa Latif.
Pofftt, suara sedap. Dan saya bayangkan yang menyanyi lagu ni seseorang yang macam Ana Rafali, baya-baya Ana Rafali.
Sekali try search pasal Najwa Latif. Perghh, tak sangka gila Najwa Latif ni baru je 16 tahun !
Mula-mula macam tak percaya pun ada. Suara matang. Haha
Ok saya sedar saya lembab lambat tahu pasal benda ni. *terpinggir jauh jauh

She's adorable :D


Lirik Cinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Apa apa pun mereka memang awesome :)
Guys, please support them.
Like Fan Page mereka ramai ramai.

Ok bye. Pika pika pika pikachu ! :D
Assalamualaikum.

No comments:

Follow Dashboard