Saturday, July 09, 2011

Rumah baruuuu ;)

Sekarang dah jarang jarang update blog.
Sebab agak sibuk sekarang, entah sibuk buat apa pun tak tahu.
Haha :)

Actually baru baru ni kitorang satu family pindah rumah.
Alahhh, padahal rumah lama dengan rumah baru dekat je ponnnnnnn.
Tu yang dah mula sombong nak hadap blog Apple Zara ni, dah ada rumah baru yang kena hadap dulu.
Walaupun, packing packing barang ni bukan saya yang buat pun.
Mak & Iera yang buat. Saya goyang kaki jeeee.
Eh.Saya packing barang-barang dalam bilik sendiri jeeeeee.

Rumah yang baru ni 100% hasil binaan ayah sendiri. :') *k terharu
Actually, rangka rumah dah siap since 2007 lagi, tapi tergantung sebab time tu ayah ada banyak project business yang ayah kena uruskan.
Then awal 2011 baru ayah sambung balik.
Punya lah ambil 5 tahun nak siap rumah ni.

 Wow ! Best kan kalau dapat rumah macam ni ! :)
image source :illugraphy


Lepas dah pindah rumah pun lagi lah bertambah-tambah sibuk.
Kesian blog Apple Zara telah diabaikan sekian lama oleh tuan empunya.

Bukan apa, sibuk nak kemaskemas hiashias rumah baru.
Walhal, saya cuma kemas bilik sendiri je lah. Ek eleh, buat apa nak kemas bilik orang lain.
Okay, pemalas ! -_____-

Lagi, nak beli cat baru lah, langsuir langsir baru lah, apa baru lah, semua nak baru lah. [over pula budak ni]
Nasib baik tak ada mak tiri baru. Chepp !

Minggu lepas pergi beli langsir dekat Tangkak, Johor.
Punya lahh penat berjalan, haishh.
Tapi balik-balik, cuma ada langsir untuk bilik budak lelaki, bilik tetamu dengan bilik Iera je.
Mana langsir sayaaaa ! Kenapa tak beli langsir sayaaaa ?
Kenapa ? Kenapa ? Kenapaaaa ?
Ni nak merajuk ni ?! :(
Ohh, actually saya tak ikut pun pergi Tangkak, beli langsir.
Mak, along & Iera je yang pergi. [ayat macam dia yang pergi Grrrr~]

Saya duduk rumah je, jaga rumah, jaga ayah, jaga adik-adik.
Saya budak baik kan ? kan ? :) [padahal punya lah meroyan tak dapat pergi]

Nasib baik hang takde banyak hal dik, takde penat akak nak jaga hang !

2 hari lepas pula saya & Iera ikut along pergi KL.
Konon nak beli langsir bilik saya. Balik-balik tangan kosong juga. Hampeh !
Padahal, ada rahsia tersulit tersirat nak pergi KL, 'nak beli langsir' cuma alasan semata-mata.
Haha. Sebenarnya, Iera nak beli Ipod dekat Low Yat. Dah nama adik beradik, bersekongkol baik punya ! Tu kalau baik. Kalau gaduh, tak ada maknanya nak bersengkongkol, ulat gonggok dibaginya !

Sibuk-sibuk pun, sekarang ni lahh baru ada masa nak hadap blog ni lama-lama.
Entri ni pun memang panjang melebar lah.

Okayy, sekarang korang boleh start kira berapa banyak perkataan "baru" dalam entri ni. hahahaha. k bye.

No comments:

Follow Dashboard