Tuesday, June 21, 2011

Past : I've been there before. 1#

Untuk entri kali ini saya nak berkongsi tentang tempat-tempat yang saya pernah menetap dulu.
Well, saya satu family selalu berpindah-pindah since dulu lagi, sebab ikut ayah.
Ayah bekerja sendiri, ada syarikat sendiri. Razham Sdn. Bhd.
Razham Sdn. Bhd. ni syarikat perabot & pembinaan. *Nak tahu lebih lanjut, search kat Google ok ;)
Syarikat ini ada since saya kecil lagi, sampai sekarang. Tapi sekarang ayah dah tak berapa nak aktif, sebab sekarang ayah lebih suka duduk rumah, berkebun. Ye lah, ayah dah genap 51 tahun. 
Sekarang syarikat Razham Sdn. Bhd. along yang handle.

Ok, berbalik kepada tujuan entri ini ditulis, saya tak berapa ingat saya duduk mana masa umur 2 tahun ke bawah.
Yang saya tahu, masa saya 4 tahun, kitorang tinggal di Cheras, Batu Tiga. Rumah tu rumah kedai, kami satu keluarga duduk kat tinggat atas, tingkat bawah ada kedai & kilang.

When I was 5, kami sekeluarga pindah ke Pagoh, Muar, Johor.
Tapi, time ni ayah tak ikut pindah, ayah duduk KL. Kadang-kadang 2 kali sebulan baru balik.
Saya bersekolah tadika & masuk darjah 1 kat sini.
Hujung tahun masa darjah 1, kami sekeluarga pindah ke Bukit Serampang, Johor. Duduk rumah nenek.

2001, kami berpindah pula ke Bandar Baru Bangi. Sata sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Jalan 4 Bandar Baru Bangi.

Hujung tahun 2002, kami menetap di Semenyih, buat sementara.

Masa darjah 4, kami dah tinggal di Bandar Teknologi, Semenyih.
Tapi tinggal kat situ 2 tahun je.

Kami berpindah ke Beranang, Selangor, saya sekolah darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Beranang.
Sampai sekarang.

Tapi masa umur 16 tahun, saya seorang diri merantau ke Ipoh Jaya, Ipoh. Dua bulan lepas tu Apple ke Ulu Kinta, Perak. Bekerja di Maktab Perguruan Ipoh.

Bulan 5, 2010, sebelum hari lahir ayah, balik Beranang semula.
Lepas 2 bulan duduk rumah goyang kaki, apply kerja di 7-Eleven Semenyih Sentral (Store 1242).



Lepas tu, sambung balik tanam jagung dekat rumah.
Bulan 10, 2010, dapat kerja di USJ 3, Subang Jaya, di taska maksu Ummu, sampai bulan 1, 2011.

And until now, saya duduk je dekat rumah ni haa. :)

Haha, honestly, entri kali ini bosan kan ? kan ? :)

Ok, tamat. Bye.
Assalamualaikum.

6 comments:

miszlullaby said...

erk.banyak nye tempat tinggal apple.ML penah pindah sekali je.itu pon area yang sama.

Apple said...

Hee, tu la pasal. Tapi nak buat macam mana, kena ikut je mana ayah pindah :)

Farhana Jafri said...

eh, kite same la!! spesies nomad jugak!! hik3.. asyik pndah randah je~~ :P

jemput singgah ANASAURUS :)

Apple said...

Haha, tapi, tapi, pindah-pindah ni best juga kan. Dapat timba ilmu banyakbanyak ;p

Syarafi[skyforce331] said...

betul2..bnyk ilmu dpt...jauh perjalanan, luas permandangan

Apple said...

Yeap, betulbetulbetul :D

Follow Dashboard